1st
> Life starts at 40. 'Kalau U rasa U nak pasang lagi
>  satu, I izinkan', kata 
> isteriku. 
>  Bila berangan  tentang nak kahwin lain ni memanglah
> seronok. 
>  Tersengih- sengih aje lah I at that time. 
>  
> 'Dunia ni  dah terbalik gamaknya, kawan-kawan aku siap
> pegi Siam sana 
>  nak nikoh lagi satu, ni bini aku siap suruh pasang sorang
>  lagi...?!' 
>  
> Tak tahulah kalau isteri I tu main reverse  psikologi dengan
> I. 
> Tapi lepas I berfikir panjang,  rasa-rasanya tak nak lah. 
>  
> Sebab apa ? Bila  mengenangkan umur I yang dah 40+. 
> Let's say kalau I kahwin  dengan anak dara, katakan umur
> 22 tahun. 
>  
>  Memang lah  seronok beb.  
> Tentang makan minum, pakai I, kemas  rumah dan kegemaran I,
> rasa nya 
> I tentu asyik  teringatkan my first wife. 
>  
> Tak perlu nak ajar, I suka  makan apa, cam mana cara nak
> masaknya, 
> baju I kena  gosok cam gini, kalau I bangun tidur I suka
> kalau my 
>  wife dah siapkan segala gala nya lah. 
>  
> Tak perlu I  bagitau, dia dah tahu apa I suka. 
> Cerita apa I suka kat TV, teh  atau kopi manis macam mana,
> hobi apa, 
> sukan kegemaran  ... semua dia dah tahu. 
> Tak perlu start balik macam zaman umur  20-an dulu ... 
>  
> Rasa rasa dapat ke isteri muda I suruh  buat gitu, tentu dia
> banyak ragam. 
> Ye lah dia muda, 
>  I kan dah tua. 
>  
> Mesti dia kata I ni mengada-ngada. 
>  Sure I yang kena manjakan dia lebihlah, sebab dia muda. 
> Silap  haribulan, takut lari lak, kan ... 
>  
> Isteri muda ni  bukan macam  yang dah bersama dgn kita sejak
> muda. 
> Kalau kita rasa  isteri tua banyak belanja, isteri yang muda
> pasti lagi 
>  teruk. 
>  
> Eh, budak 20-an zaman sekarang, dengan henbeg  Gucci, dengan
> nak 
> tudung kain Mawi dan henpon jenama  Nokia N95, Itu tak
> termasuk 
> kereta, paling korok pun  mesti nak Honda atau Toyota. 
> Perempuan muda sekarang mana main  naik Proton atau Perodua.
> 
> Kalau I tak bagi  barang-barang tu, 
> dia tak nak bagi #!$%^^& lak malam-malam.  
>  
> Sedangkan dengan isteri tua, awal-awal kahwin naik
>  motorsikal cabuk pun 
> sanggup, berpanas 
> berhujan,  dukung anak kita dicelah motor tu. 
> Ahh ... terkenang juga zaman  'miskin' dulu tu. 
>  
> Rumah dengan bini tua dulu pun  setakat apartmet 3 bilik. 
> Tidur atas tilam nipis, dapur pun  kecik, perkakas pun tak
>  banyak. 
>  
> Oh, untuk isteri muda, terpaksa aku buat OT  untuk bayar
> rumah teres 
> dua tingkat tu, nak bayar peti  ais Samsung dan TV Sony
> Bravia 
> 40-inci mu itu ... 
>   
> Dah umur 40-an ni, darah tinggi lak aku ni kena buat OT
>  setiap hari 
> ... hari minggu pun kena cari duit ... nak tengok  bola pun
> tak dapat ... 
>  
> Lebih haru lagi, tentu  anak anak I akan memberontak sakan. 
> Yelah sekarang ni kan  banyak kes bapak kahwin lain
> anak-anak lebih 
> tertekan. 
>  Ramai jadi liar, hisap dadah, jadi mat rempit dan bohsia. 
>  Sebab tension bapak kawin baru. 
>  
> Takut mereka  menjauhkan diri dari I, malah akan membenci
> pula. 
>  
>  Disebabkan masyarakat kita ni memandang serong pada
> keluarga  yang 
> bapak mereka kahwin lebih dari satu. 
> Kalau I ada  anak  dengan isteri baru, tentu kecik sangat
> lagi di masa 
> I  dah tua dan memerlukan perhatian dari anak-anak. 
>  
>  Sedangkan rumah isteri muda tengah hiruk pikuk dengan anak
> anak 
>  kecil 
> ( kan dah ada experience dengan isteri pertama  -bagaimana
> kelam 
> kabutnya dia menguruskan anak-anak) 
>   
>  
> Sedangkan di rumah isteri tua, anak anak dah besar,  boleh
> tolong mak 
> dan sedang seronok bergurau senda  bersama ibunya
> membincangkan 
> topik-topik terkini dan  juga kehidupanmereka. 
>  
> Duduk rumah bini muda, I yang  tua-tua ni lak kena salin
> pampers dan 
> bagi baby mandi. 
>  haha ... kalau tak buat, takut isteri muda merajuk pulak. 
>  
>  Tak boleh jadik nih. Banyak benda yang kena repeat. 
> Mula mula  kawin tentu seronok. 
> Paling lama setahun-dua. 
>   
> Bila dah ada anak,tanggungjawab baru bermula semula
>  sebagaimana 
> dengan isteri pertama dulu-dulu. 
>  
>  Tapi masa ni kita dah tak larat nak basuh berak anak, nak
> pegi 
>  shopping beli baju anak anak, nak dukung anak-anak. 
> Leceh lah  nak kena teman isteri muda buat semua tu. 
>  
> Silap  haribulan orang kata tengah pilih baju cucu. 
> Eii tak sanggup  pula. 
> Paling takut, orang ingat isteri muda tu anak I ... 
>  ... lagi haru ... 
>  
> Balik rumah mertua pula,  teringatkan masa akad nikah dulu,
> beria ria 
> kita nak  kan anak dia. 
> Lepas tu kita kawin lagi satu. Tentu muka nih tak  tahu nak
> letak kat 
> mana. Orang tua tak kan nak  straight to the point. Tanya
> itu ini. 
>  
> Kalau  dia nak bercakap tentang tu cukup dengan jelingan dan
> 
>  kerlingan mata,buat kita dah  tak senang duduk. 
>  
> Tak kan raya asyik balik umah mak  mertua baru aje. 
> Apatah lagi kalau I ni lak umur nak sama  dengan mak-bapak
> mertua 
> baru I tu .... 
>  
>  Hish banyak lah lagi. 
>  
> Bagi korang yang suka  berbincang pasal benda yang indah
> indah kawin 
> dua nih  silakanlah. 
>  
> Tapi bagi I selagi hayat dikandung 
>  badan, selagi tu lah I tak nak tambah. 
> Tak nak lah mendabik  dada. Cakap besar. 
>  
> Tapi sekadar menurutkan nafsu dan  !$#%&^%*&* tu
> rasanya tak 
> pernah kurang pun  layanan isteri pertama terhadap I. 
>  
> Keluarga ni, kita  bina keluarga bahagia yang di depan mata.
> 
>  
>  Bukannya yang di dalam kepala. 
> Bukannya di dalam seluar dalam  je. 
>  
> Hadapi hari esok yang tentu dengan keluarga yang  banyak
> mengharungi 
> susah senang dari mula. 
>  
>  Pengorbanan isteri (walaupun kadang kala dia pernah
> merungut  salah 
> Kita juga, cuai dan mengabaikannya) . 
>  
>  Apa apa pun semuanya bermula dengan kita. Insaflah. 
>  
>  Kalau nak ikut nabi, rasa rasanya solat subuh pun kita
> terlepas 
>  kalau isteri tu tak kejutkan. 
> Bukan nak kata solat Subuh,  kekadang waktu lain pun
> terlambat atau 
> terlepas. 
>   
>  
> Baca Quran pun sekali-sekala, 
> baca Yassin  pun hanya bila ada orang meninggal. 
> Ikut sunnah Nabi apa nama  tu. 
>  
> Tak payah lah yang lain lain. 
> Kang ada  yang nangis bila disebutkan. 
> Cukuplah. 
> Sesungguhnya  amat bertuahlah suami-suami yang mempunyai
> isteri yang 
>  menyuarakan pendapat di ruangan ni. 
>  
>  Membuktikan mereka sayang, kasih dan cinta pada kalian. 
> Apa  sangatlah kita nih. 
>  
> Macam nabi konon. ye ke? 
>  Bab kawin kawin aje nih cam nabi. 
>  
> Bab menegakkan  !%#$@^^*&^ je nak ikut sunnah. 
> Cuba bab menegakkan agama  Islam,masih lagi terkial kial. 
> Wallahualam. 
>  
>   
> - suami orang- 
> > 
>  
>  /---------------------------------------------------------------------------\
>  
> 2nd
> 
> Based on True Story..
> 
>  Dilihat dari usia beliau sudah tidak muda lagi, usia yang
> sudah  senja 
> bahkan sudah mendekati malam. Masa Pak Suyatno, 58 tahun  ke
> sehariannya 
> diisi dengan merawat isterinya yang  sakit. isterinya juga
> sudah tua. 
> Mereka berkahwin sudah  lebih 32 tahun
> 
> Mereka dikurniakan 4 orang anak  ....disinilah awal  cubaan
> menerpa, setelah 
> isterinya melahirkan anak ke  empat .....
> tiba-tiba kakinya lumpuh dan tidak boleh digerakkan.  Hal
> itu terjadi 
> selama dua tahun.
> 
>  Menginjak tahun ke tiga seluruh tubuhnya menjadi lemah
> bahkan  terasa tidak 
> bertulang lidahnyapun sudah tidak mampu digerakkan  lagi.
> 
> Setiap hari pak suyatno memandikan, membersihkan  kotoran,
> menyuapkan, dan 
> mengangkat isterinya ke atas  tempat tidur. 
> Sebelum berangkat ke tempat kerja dia meletakkan  isterinya
> di hadapan TV 
> supaya isterinya tidak berasa  kesunyian.
> 
> Walau isterinya tidak dapat bercakap, tapi  dia selalu
> melihat isterinya 
> tersenyum, dan pak suyatno  masih berasa beruntung kerana
> tempat kerjanya 
> tidak  begitu jauh dari rumahnya,
> sehingga siang hari dia boleh pulang  ke rumah untuk
> menyuapi isterinya  
> makan. Petangnya dia pulang memandikan isterinya, mengganti
>  pakaian, dan 
> selepas maghrib dia temankan isterinya menonton  tv sambil
> bercerita apa 
> sahaja yang dia alami seharian.
>  
> Walaupun isterinya hanya mampu memandang (tidak mampu
>  memberikan respons 
> ), pak suyatno sudah cukup senang bahkan dia  selalu
> menggoda dan bergurau 
> dengan isterinya setiap  kali menjelang tidur.
> 
> Rutin ini dilakukan pak suyatno  lebih kurang 25 tahun.
> Dengan sabar dia 
> merawat  isterinya bahkan sambil membesarkan ke empat buah
> hati mereka, 
>  sekarang anak-anak mereka sudah dewasa tinggal si bungsu
> yang  masih 
> kuliah.
> 
> Pada suatu hari ke empat anak  suyatno berkumpul di rumah
> orang tua mereka 
> sambil  menjenguk ibunya. Kerana setelah menikah mereka
> tinggal dengan 
>  keluarga  masing-masing.
> 
> Dan pak suyatno tetap merawat ibu  kepada anak-anaknya, dan
> yang dia 
> inginkan hanya satu:  semua anaknya berjaya.
> 
> Dengan kalimat yang cukup hati2  anak yang sulung berkata :
> "Pak kami ingin 
> sekali  merawat ibu ... Semenjak kami kecil kami melihat
> bapak merawat  ibu 
> dan tidak ada sedikit pun keluhan keluar dari bibir bapak,
>  bahkan bapak 
> tidak izinkan kami menjaga ibu."
> 
>  Dengan air mata berlinang anak itu melanjutkan kata-katanya
> ...
>  
> "Sudah yang kali keempat kami mengizinkan bapak
>  menikah lagi, kami rasa 
> ibupun akan mengizinkannya. Bila papak  akan menikmati masa
> tua bapak 
> dengan berkorban seperti  ini ...
> kami sudah tidak sampai hati melihat bapak begini...  kami
> berjanji akan 
> merawat ibu dengan sebaik-baiknya  secara bergantian,"
> ujar  anaknya yang 
> sulung merayu.
> 
> Pak Suyatno  menjawab hal yang sama sekali tidak diduga oleh
> anak-anaknya.
>  
> "Anak-anakku. .. jikalau hidup di dunia ini hanya
>  untuk nafsu.... mungkin 
> bapak akan berkahwin lagi.... tapi  ketahuilah dengan adanya
> ibu kalian di 
> sampingku... .  itu sudah lebih dari cukup. Dia telah
> melahirkan kalian..."
>  Sejenak kerongkongannya tersekat... "Kalian yang
> selalu  kurindukan hadir 
> di dunia ini dengan penuh cinta
> yang  tidak dapat dinilai dengan apapun. Cuba kalian tanya
> ibumu  apakah dia 
> menginginkan keadaannya seperti Ini ?
> 
>  Kalian menginginkan bapak bahagia .... Apakah batin bapak
> dapat  bahagia 
> meninggalkan ibumu dalam keadaannya seperti sekarang ?
>  
> Kalian menginginkan bapak yang masih diberi Allah kesihatan
>  yang baik 
> dirawat oleh  orang lain ....... bagaimana dengan ibumu yg
> masih sakit ?
>  
> Sejenak meledaklah tangis anak-anak pak Suyatno...
>  Merekapun melihat 
> butiran-butiran kecil jatuh di pelupuk mata  ibunya...
> Dengan pilu 
> ditatapnya mata suami yang sangat  dicintainya itu...
> 
> Sampailah akhirnya pak Suyatno  diundang oleh salah satu
> stesen TV swasta 
> untuk menjadi  panel jemputan acara Bimbingan Rohani Selepas
> subuh dan juru 
>  acara pun mengajukan pertanyaan kepada pak suyatno...
> 
>  Kenapa bapak mampu bertahan selama 25 tahun merawat Isteri
> yang  sudah 
> tidak mampu berbuat apa-apa?
> 
> Ketika itu  pak Suyatno pun menangis.... tamu yang hadir di
> studio yang 
>  kebanyakan kaum ibu pun tidak mampu menahan haru...
> 
>  Disitulah pak suyatno bercerita... Jika manusia didunia ini
>  mengagungkan 
> sebuah  cinta tapi dia tidak mencintai kerana Allah maka
> semuanya akan 
>  luntur...
> 
> Saya memilih isteri saya menjadi pendamping  hidup saya ...
> Sewaktu dia 
> sihat diapun dengan sabar  merawat saya... Mencintai saya
> dengan sepenuh 
> hati  zahir dan batinnya bukan dengan mata kepala
> semata-mata. .. dan  dia 
> memberi saya 4 orang anak yang lucu dan baik-baik...
>  
> Sekarang dia sakit berkorban untuk saya kerana Allah... Dan
>  itu merupakan 
> ujian bagi saya.
> 
> Sihat pun  belum tentu saya mencari penggantinya. .. apalagi
> dia sakit ... 
>  Setiap malam saya bersujud dan menangis dan saya mengadu
> kepada  Allah di 
> atas sajadah supaya meringankan penderitaan isteri  saya.
> 
> Dan saya yakin hanya kepada Allah tempat saya  mengadukan
> rahsia dan segala 
> kesukaran saya...kerana  DIA maha Mendengar...  ..
>  --------------------------------------------------------------------------------------------------------
>  3rd
> citer best nii..baca sampai habis....
> 
> *Mat  tidak pernah membantu isterinya membuat kerja-kerja
> rumah.  Malah dia 
> sering bersungut sendirian kerana telah merasa bosan  setiap
> hari pergi 
> kerja,sedangkan Nab isterinya hanya  tinggal di rumah. Kalau
> boleh, dia 
> mahu isterinya tahu  betapa penat danletihnya dia bekerja
> setiap hari untuk 
>  menanggung keluarga.
> 
> Satu malam ~~~~
> 
>  Mat berdoa,"Ya Tuhanku. Aku bekerja 8 jam sehari
> sedangkan  isteriku hanya 
> tinggal di rumah bersama anak-anak. Aku mahu  supaya dia
> tahu betapa 
> letihnya aku bekerja setiap  hari. Tolonglah ya Tuhan,
> tukarkanlah aku dan 
> isteriku.  Biar aku yang menjadi isteri untuk sehari sahaja
> supaya dia  pula 
> dapat
> merasakan betapa letihnya aku bekerja.Biar  aku pula yang
> berehat di rumah"
> 
> Tuhan Yang Maha  Mengetahui telah mengkabulkan permintaan
> Mat. Pagi 
>  besoknya, ia bangun dari tidur, dan pastinya sebagai
> seorang  isteri. 
> Bangun saja dari tidur, dia bergegas ke bilik air, cuci
>  gigi dan terus ke 
> dapur
> menyediakan sarapan untuk  suami dan anak-anak. Pastu
> bangunkan anak-anak 
> dan  melayan mereka bersarapan, pada masa yang sama melayan
> suami 
>  bersarapan. Pastu menghantar suami yang nak pergi kerja ke
>  pintu, kembali 
> membetulkan baju anak-anak yang nak ke sekolah  dan
> menyediakan air yang 
> anak-anak nak
> bawa ke  sekolah.
> 
> Pastu panaskan injin kereta dan bergegas  hantar anak-anak
> kesekolah. Balik 
> dari sekolah terus ke  pasar untuk membeli ikan dan
>  keperluan dapur yang 
> lain. Dekat dua jam baru sampai balik ke  rumah. Simpan
> barang-barang dapur 
> ke dalam almari dapur  dan ikan simpan dulu dalam peti ais.
> Komdian kutip 
>  kain busyuk untuk dicuci dengan mesin sehingga selesai dan
>  dijemur. Pastu 
> baru mula memasak untuk anak-anak yang akan  balik sekolah
> nanti.
> 
> Selesai masak, jam dah  pukul 12.45 tengahari. Terpaksa pula
> bergegas ambil 
>  anak dari sekolah. Selesai ambil anak, beri pula mereka
> makan  sebelum 
> mengatur anak-anak supaya membuat kerja sekolah. Pastu
>  terpaksa pula kemas 
> rumah supaya jangan bersepah sangat.  Komdian angkat kain di
> jemuran. 
> Tiba-tiba anak bongsu  menangis kerana terjatuh. Dah nak
> kena beri rawatan 
> dan  pujuk supaya tangisan tidak berlarutan. Dah selesai,
> kain-kain  yang 
> baru diangkat perlu pula dilipat dan  disusun dalam almari.
> Sedar tak 
> sedar, waktu Zohor dah  tinggal tak berapa minit saja lagi.
> Terpaksa 
> bergegas  pulak tunaikan Zohor sebelum tertinggal. Selesai
> salam, azan  Asar kedengaran. Selesaikan pulak solat Asar
> sebelum 
>  menyambung apa-apa kerja yang belum siap.
> 
> Belum sempat  rehat, terpaksa pula balik ke dapur untuk
> menyiapkan makan 
>  malam. Lepas Maghrib, terpaksa layan suami dan anak-anak
> makan,  pastu cuci 
> pinggan mangkuk, pastu mandikan anak yang masih  kecil,
> pastu uruskan 
> supaya anak-anak masuk tidur....  dan macam-macam pastu
> lagi. Dekat pukul 
> 11.00 malam  barulah semua kerja rumahtangga selesai. Badan
> pun dah longlai 
>  ...Bolehlah rasanya nak berehat sikit.
> 
> Setelah terjaga  sebelum dinihari, Mat segera bangun dan
> berdoa semula,"Ya 
>  Tuhanku. Barulah kini aku  tahu.... Aku dah tak sanggup lagi
> jadi isteri. 
> Aku  keluar bekerja seharian pun tak penat macam ni. Ada
> juga masa  berehat, 
> minum kopi dan berbual dengan kawan-kawan. Tolonglah
>  kembalikan aku 
> sebagai suami semula. Tobat aku tak sanggup dah  jadi
> isteri. Salah 
> sangkaanku selama ini bahawa  kerja-kerja isteriku di rumah
> begitu mudah. 
> Biarlah  isteriku terus di rumah dan aku keluar
> bekerja"
> 
>  Sekonyong-konyong Mat terdengar satu suara ghaib
> berkata,"Wahai  Mat,kamu 
> belum boleh kembali menjadi suami sebab  persetubuhanmu
> malam tadi telah 
> menjadi benih. Kamu  kenalah tunggu 9 bulan 10 hari lagi
> untuk melahirkan 
>  anak sebelum kamu dapat menjadi suami kembali...."
> 
>  Whatttt???.. . 9 bulan 10 hari???....Beranaaak? ??........
>  Waaaaaa.. tak 
> nak, tak nak, tak  taaaaaaaaaaaaaaaaaaakkkkk... !!!
> 
> ~~~~~
> 
>  "Bang, bang... Abangggg... apasal niii.....??"
> 
> Sergah  satu suara disisinya. Mat melompat bangun dari
> katilnya dan  terus 
> memegang isterinya sambil bertanya,"Nab, Nab yang jadi
>  suami atau abang 
> yang jadi suami???
> 
>  "Laaaaa... tebiat apa pulak abang ni. Kan Nab nie
> pompuan.  Tentulah abang 
> yang jadi suami..... Apa punya lawak pagi-pagi  buta
> ni....."
> 
> Hari tu Mat mengambil cuti  emergency dan sehari suntuk
> membantu isterinya 
> membuat  kerja-kerja rumah..... Nab terkedu seharian melihat
> gelagat 
>  suaminya.... .....