Isnin, 26 Julai 2010

Renungan Untuk Kaum Yang Bergelar Lelaki

1st
> Life starts at 40. 'Kalau U rasa U nak pasang lagi
> satu, I izinkan', kata
> isteriku.
>  Bila berangan tentang nak kahwin lain ni memanglah
> seronok.
> Tersengih- sengih aje lah I at that time.

> 'Dunia ni dah terbalik gamaknya, kawan-kawan aku siap
> pegi Siam sana
> nak nikoh lagi satu, ni bini aku siap suruh pasang sorang
> lagi...?!'

> Tak tahulah kalau isteri I tu main reverse psikologi dengan
> I.
> Tapi lepas I berfikir panjang, rasa-rasanya tak nak lah.

> Sebab apa ? Bila mengenangkan umur I yang dah 40+.
> Let's say kalau I kahwin dengan anak dara, katakan umur
> 22 tahun.

> Memang lah seronok beb. 
> Tentang makan minum, pakai I, kemas rumah dan kegemaran I,
> rasa nya
> I tentu asyik teringatkan my first wife.

> Tak perlu nak ajar, I suka makan apa, cam mana cara nak
> masaknya,
> baju I kena gosok cam gini, kalau I bangun tidur I suka
> kalau my
> wife dah siapkan segala gala nya lah.

> Tak perlu I bagitau, dia dah tahu apa I suka.
> Cerita apa I suka kat TV, teh atau kopi manis macam mana,
> hobi apa,
> sukan kegemaran ... semua dia dah tahu.
> Tak perlu start balik macam zaman umur 20-an dulu ...

> Rasa rasa dapat ke isteri muda I suruh buat gitu, tentu dia
> banyak ragam.
> Ye lah dia muda,
> I kan dah tua.

> Mesti dia kata I ni mengada-ngada.
> Sure I yang kena manjakan dia lebihlah, sebab dia muda.
> Silap haribulan, takut lari lak, kan ...

> Isteri muda ni bukan macam yang dah bersama dgn kita sejak
> muda.
> Kalau kita rasa isteri tua banyak belanja, isteri yang muda
> pasti lagi
> teruk.

> Eh, budak 20-an zaman sekarang, dengan henbeg Gucci, dengan
> nak
> tudung kain Mawi dan henpon jenama Nokia N95, Itu tak
> termasuk
> kereta, paling korok pun mesti nak Honda atau Toyota.
> Perempuan muda sekarang mana main naik Proton atau Perodua.
>
> Kalau I tak bagi barang-barang tu,
> dia tak nak bagi #!$%^^& lak malam-malam.

> Sedangkan dengan isteri tua, awal-awal kahwin naik
> motorsikal cabuk pun
> sanggup, berpanas
> berhujan, dukung anak kita dicelah motor tu.
> Ahh ... terkenang juga zaman 'miskin' dulu tu.

> Rumah dengan bini tua dulu pun setakat apartmet 3 bilik.
> Tidur atas tilam nipis, dapur pun kecik, perkakas pun tak
> banyak.

> Oh, untuk isteri muda, terpaksa aku buat OT untuk bayar
> rumah teres
> dua tingkat tu, nak bayar peti ais Samsung dan TV Sony
> Bravia
> 40-inci mu itu ...

> Dah umur 40-an ni, darah tinggi lak aku ni kena buat OT
> setiap hari
> ... hari minggu pun kena cari duit ... nak tengok bola pun
> tak dapat ...

> Lebih haru lagi, tentu anak anak I akan memberontak sakan.
> Yelah sekarang ni kan banyak kes bapak kahwin lain
> anak-anak lebih
> tertekan.
> Ramai jadi liar, hisap dadah, jadi mat rempit dan bohsia.
> Sebab tension bapak kawin baru.

> Takut mereka menjauhkan diri dari I, malah akan membenci
> pula.

> Disebabkan masyarakat kita ni memandang serong pada
> keluarga yang
> bapak mereka kahwin lebih dari satu.
> Kalau I ada anak dengan isteri baru, tentu kecik sangat
> lagi di masa
> I dah tua dan memerlukan perhatian dari anak-anak.

> Sedangkan rumah isteri muda tengah hiruk pikuk dengan anak
> anak
> kecil
> ( kan dah ada experience dengan isteri pertama -bagaimana
> kelam
> kabutnya dia menguruskan anak-anak)


> Sedangkan di rumah isteri tua, anak anak dah besar, boleh
> tolong mak
> dan sedang seronok bergurau senda bersama ibunya
> membincangkan
> topik-topik terkini dan juga kehidupanmereka.

> Duduk rumah bini muda, I yang tua-tua ni lak kena salin
> pampers dan
> bagi baby mandi.
> haha ... kalau tak buat, takut isteri muda merajuk pulak.

> Tak boleh jadik nih. Banyak benda yang kena repeat.
> Mula mula kawin tentu seronok.
> Paling lama setahun-dua.

> Bila dah ada anak,tanggungjawab baru bermula semula
> sebagaimana
> dengan isteri pertama dulu-dulu.

> Tapi masa ni kita dah tak larat nak basuh berak anak, nak
> pegi
> shopping beli baju anak anak, nak dukung anak-anak.
> Leceh lah nak kena teman isteri muda buat semua tu.

> Silap haribulan orang kata tengah pilih baju cucu.
> Eii tak sanggup pula.
> Paling takut, orang ingat isteri muda tu anak I ...
> ... lagi haru ...

> Balik rumah mertua pula, teringatkan masa akad nikah dulu,
> beria ria
> kita nak kan anak dia.
> Lepas tu kita kawin lagi satu. Tentu muka nih tak tahu nak
> letak kat
> mana. Orang tua tak kan nak straight to the point. Tanya
> itu ini.

> Kalau dia nak bercakap tentang tu cukup dengan jelingan dan
>
> kerlingan mata,buat kita dah tak senang duduk.

> Tak kan raya asyik balik umah mak mertua baru aje.
> Apatah lagi kalau I ni lak umur nak sama dengan mak-bapak
> mertua
> baru I tu ....

> Hish banyak lah lagi.

> Bagi korang yang suka berbincang pasal benda yang indah
> indah kawin
> dua nih silakanlah.

> Tapi bagi I selagi hayat dikandung
> badan, selagi tu lah I tak nak tambah.
> Tak nak lah mendabik dada. Cakap besar.

> Tapi sekadar menurutkan nafsu dan !$#%&^%*&* tu
> rasanya tak
> pernah kurang pun layanan isteri pertama terhadap I.

> Keluarga ni, kita bina keluarga bahagia yang di depan mata.
>

> Bukannya yang di dalam kepala.
> Bukannya di dalam seluar dalam je.

> Hadapi hari esok yang tentu dengan keluarga yang banyak
> mengharungi
> susah senang dari mula.

> Pengorbanan isteri (walaupun kadang kala dia pernah
> merungut salah
> Kita juga, cuai dan mengabaikannya) .

> Apa apa pun semuanya bermula dengan kita. Insaflah.

> Kalau nak ikut nabi, rasa rasanya solat subuh pun kita
> terlepas
> kalau isteri tu tak kejutkan.
> Bukan nak kata solat Subuh, kekadang waktu lain pun
> terlambat atau
> terlepas.


> Baca Quran pun sekali-sekala,
> baca Yassin pun hanya bila ada orang meninggal.
> Ikut sunnah Nabi apa nama tu.

> Tak payah lah yang lain lain.
> Kang ada yang nangis bila disebutkan.
> Cukuplah.
> Sesungguhnya amat bertuahlah suami-suami yang mempunyai
> isteri yang
> menyuarakan pendapat di ruangan ni.

> Membuktikan mereka sayang, kasih dan cinta pada kalian.
> Apa sangatlah kita nih.

> Macam nabi konon. ye ke?
> Bab kawin kawin aje nih cam nabi.

> Bab menegakkan !%#$@^^*&^ je nak ikut sunnah.
> Cuba bab menegakkan agama Islam,masih lagi terkial kial.
> Wallahualam.


> - suami orang-
> >

> /---------------------------------------------------------------------------\
>
> 2nd
>
> Based on True Story..
>
> Dilihat dari usia beliau sudah tidak muda lagi, usia yang
> sudah senja
> bahkan sudah mendekati malam. Masa Pak Suyatno, 58 tahun ke
> sehariannya
> diisi dengan merawat isterinya yang sakit. isterinya juga
> sudah tua.
> Mereka berkahwin sudah lebih 32 tahun
>
> Mereka dikurniakan 4 orang anak ....disinilah awal cubaan
> menerpa, setelah
> isterinya melahirkan anak ke empat .....
> tiba-tiba kakinya lumpuh dan tidak boleh digerakkan. Hal
> itu terjadi
> selama dua tahun.
>
> Menginjak tahun ke tiga seluruh tubuhnya menjadi lemah
> bahkan terasa tidak
> bertulang lidahnyapun sudah tidak mampu digerakkan lagi.
>
> Setiap hari pak suyatno memandikan, membersihkan kotoran,
> menyuapkan, dan
> mengangkat isterinya ke atas tempat tidur.
> Sebelum berangkat ke tempat kerja dia meletakkan isterinya
> di hadapan TV
> supaya isterinya tidak berasa kesunyian.
>
> Walau isterinya tidak dapat bercakap, tapi dia selalu
> melihat isterinya
> tersenyum, dan pak suyatno masih berasa beruntung kerana
> tempat kerjanya
> tidak begitu jauh dari rumahnya,
> sehingga siang hari dia boleh pulang ke rumah untuk
> menyuapi isterinya
> makan. Petangnya dia pulang memandikan isterinya, mengganti
> pakaian, dan
> selepas maghrib dia temankan isterinya menonton tv sambil
> bercerita apa
> sahaja yang dia alami seharian.
>
> Walaupun isterinya hanya mampu memandang (tidak mampu
> memberikan respons
> ), pak suyatno sudah cukup senang bahkan dia selalu
> menggoda dan bergurau
> dengan isterinya setiap kali menjelang tidur.
>
> Rutin ini dilakukan pak suyatno lebih kurang 25 tahun.
> Dengan sabar dia
> merawat isterinya bahkan sambil membesarkan ke empat buah
> hati mereka,
> sekarang anak-anak mereka sudah dewasa tinggal si bungsu
> yang masih
> kuliah.
>
> Pada suatu hari ke empat anak suyatno berkumpul di rumah
> orang tua mereka
> sambil menjenguk ibunya. Kerana setelah menikah mereka
> tinggal dengan
> keluarga masing-masing.
>
> Dan pak suyatno tetap merawat ibu kepada anak-anaknya, dan
> yang dia
> inginkan hanya satu: semua anaknya berjaya.
>
> Dengan kalimat yang cukup hati2 anak yang sulung berkata :
> "Pak kami ingin
> sekali merawat ibu ... Semenjak kami kecil kami melihat
> bapak merawat ibu
> dan tidak ada sedikit pun keluhan keluar dari bibir bapak,
> bahkan bapak
> tidak izinkan kami menjaga ibu."
>
> Dengan air mata berlinang anak itu melanjutkan kata-katanya
> ...
>
> "Sudah yang kali keempat kami mengizinkan bapak
> menikah lagi, kami rasa
> ibupun akan mengizinkannya. Bila papak akan menikmati masa
> tua bapak
> dengan berkorban seperti ini ...
> kami sudah tidak sampai hati melihat bapak begini... kami
> berjanji akan
> merawat ibu dengan sebaik-baiknya secara bergantian,"
> ujar anaknya yang
> sulung merayu.
>
> Pak Suyatno menjawab hal yang sama sekali tidak diduga oleh
> anak-anaknya.
>
> "Anak-anakku. .. jikalau hidup di dunia ini hanya
> untuk nafsu.... mungkin
> bapak akan berkahwin lagi.... tapi ketahuilah dengan adanya
> ibu kalian di
> sampingku... . itu sudah lebih dari cukup. Dia telah
> melahirkan kalian..."
> Sejenak kerongkongannya tersekat... "Kalian yang
> selalu kurindukan hadir
> di dunia ini dengan penuh cinta
> yang tidak dapat dinilai dengan apapun. Cuba kalian tanya
> ibumu apakah dia
> menginginkan keadaannya seperti Ini ?
>
> Kalian menginginkan bapak bahagia .... Apakah batin bapak
> dapat bahagia
> meninggalkan ibumu dalam keadaannya seperti sekarang ?
>
> Kalian menginginkan bapak yang masih diberi Allah kesihatan
> yang baik
> dirawat oleh orang lain ....... bagaimana dengan ibumu yg
> masih sakit ?
>
> Sejenak meledaklah tangis anak-anak pak Suyatno...
> Merekapun melihat
> butiran-butiran kecil jatuh di pelupuk mata ibunya...
> Dengan pilu
> ditatapnya mata suami yang sangat dicintainya itu...
>
> Sampailah akhirnya pak Suyatno diundang oleh salah satu
> stesen TV swasta
> untuk menjadi panel jemputan acara Bimbingan Rohani Selepas
> subuh dan juru
> acara pun mengajukan pertanyaan kepada pak suyatno...
>
> Kenapa bapak mampu bertahan selama 25 tahun merawat Isteri
> yang sudah
> tidak mampu berbuat apa-apa?
>
> Ketika itu pak Suyatno pun menangis.... tamu yang hadir di
> studio yang
> kebanyakan kaum ibu pun tidak mampu menahan haru...
>
> Disitulah pak suyatno bercerita... Jika manusia didunia ini
> mengagungkan
> sebuah cinta tapi dia tidak mencintai kerana Allah maka
> semuanya akan
> luntur...
>
> Saya memilih isteri saya menjadi pendamping hidup saya ...
> Sewaktu dia
> sihat diapun dengan sabar merawat saya... Mencintai saya
> dengan sepenuh
> hati zahir dan batinnya bukan dengan mata kepala
> semata-mata. .. dan dia
> memberi saya 4 orang anak yang lucu dan baik-baik...
>
> Sekarang dia sakit berkorban untuk saya kerana Allah... Dan
> itu merupakan
> ujian bagi saya.
>
> Sihat pun belum tentu saya mencari penggantinya. .. apalagi
> dia sakit ...
> Setiap malam saya bersujud dan menangis dan saya mengadu
> kepada Allah di
> atas sajadah supaya meringankan penderitaan isteri saya.
>
> Dan saya yakin hanya kepada Allah tempat saya mengadukan
> rahsia dan segala
> kesukaran saya...kerana DIA maha Mendengar... ..
> --------------------------------------------------------------------------------------------------------
> 3rd
> citer best nii..baca sampai habis....
>
> *Mat tidak pernah membantu isterinya membuat kerja-kerja
> rumah. Malah dia
> sering bersungut sendirian kerana telah merasa bosan setiap
> hari pergi
> kerja,sedangkan Nab isterinya hanya tinggal di rumah. Kalau
> boleh, dia
> mahu isterinya tahu betapa penat danletihnya dia bekerja
> setiap hari untuk
> menanggung keluarga.
>
> Satu malam ~~~~
>
> Mat berdoa,"Ya Tuhanku. Aku bekerja 8 jam sehari
> sedangkan isteriku hanya
> tinggal di rumah bersama anak-anak. Aku mahu supaya dia
> tahu betapa
> letihnya aku bekerja setiap hari. Tolonglah ya Tuhan,
> tukarkanlah aku dan
> isteriku. Biar aku yang menjadi isteri untuk sehari sahaja
> supaya dia pula
> dapat
> merasakan betapa letihnya aku bekerja.Biar aku pula yang
> berehat di rumah"
>
> Tuhan Yang Maha Mengetahui telah mengkabulkan permintaan
> Mat. Pagi
> besoknya, ia bangun dari tidur, dan pastinya sebagai
> seorang isteri.
> Bangun saja dari tidur, dia bergegas ke bilik air, cuci
> gigi dan terus ke
> dapur
> menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak. Pastu
> bangunkan anak-anak
> dan melayan mereka bersarapan, pada masa yang sama melayan
> suami
> bersarapan. Pastu menghantar suami yang nak pergi kerja ke
> pintu, kembali
> membetulkan baju anak-anak yang nak ke sekolah dan
> menyediakan air yang
> anak-anak nak
> bawa ke sekolah.
>
> Pastu panaskan injin kereta dan bergegas hantar anak-anak
> kesekolah. Balik
> dari sekolah terus ke pasar untuk membeli ikan dan
> keperluan dapur yang
> lain. Dekat dua jam baru sampai balik ke rumah. Simpan
> barang-barang dapur
> ke dalam almari dapur dan ikan simpan dulu dalam peti ais.
> Komdian kutip
> kain busyuk untuk dicuci dengan mesin sehingga selesai dan
> dijemur. Pastu
> baru mula memasak untuk anak-anak yang akan balik sekolah
> nanti.
>
> Selesai masak, jam dah pukul 12.45 tengahari. Terpaksa pula
> bergegas ambil
> anak dari sekolah. Selesai ambil anak, beri pula mereka
> makan sebelum
> mengatur anak-anak supaya membuat kerja sekolah. Pastu
> terpaksa pula kemas
> rumah supaya jangan bersepah sangat. Komdian angkat kain di
> jemuran.
> Tiba-tiba anak bongsu menangis kerana terjatuh. Dah nak
> kena beri rawatan
> dan pujuk supaya tangisan tidak berlarutan. Dah selesai,
> kain-kain yang
> baru diangkat perlu pula dilipat dan disusun dalam almari.
> Sedar tak
> sedar, waktu Zohor dah tinggal tak berapa minit saja lagi.
> Terpaksa
> bergegas pulak tunaikan Zohor sebelum tertinggal. Selesai
> salam, azan Asar kedengaran. Selesaikan pulak solat Asar
> sebelum
> menyambung apa-apa kerja yang belum siap.
>
> Belum sempat rehat, terpaksa pula balik ke dapur untuk
> menyiapkan makan
> malam. Lepas Maghrib, terpaksa layan suami dan anak-anak
> makan, pastu cuci
> pinggan mangkuk, pastu mandikan anak yang masih kecil,
> pastu uruskan
> supaya anak-anak masuk tidur.... dan macam-macam pastu
> lagi. Dekat pukul
> 11.00 malam barulah semua kerja rumahtangga selesai. Badan
> pun dah longlai
> ...Bolehlah rasanya nak berehat sikit.
>
> Setelah terjaga sebelum dinihari, Mat segera bangun dan
> berdoa semula,"Ya
> Tuhanku. Barulah kini aku tahu.... Aku dah tak sanggup lagi
> jadi isteri.
> Aku keluar bekerja seharian pun tak penat macam ni. Ada
> juga masa berehat,
> minum kopi dan berbual dengan kawan-kawan. Tolonglah
> kembalikan aku
> sebagai suami semula. Tobat aku tak sanggup dah jadi
> isteri. Salah
> sangkaanku selama ini bahawa kerja-kerja isteriku di rumah
> begitu mudah.
> Biarlah isteriku terus di rumah dan aku keluar
> bekerja"
>
> Sekonyong-konyong Mat terdengar satu suara ghaib
> berkata,"Wahai Mat,kamu
> belum boleh kembali menjadi suami sebab persetubuhanmu
> malam tadi telah
> menjadi benih. Kamu kenalah tunggu 9 bulan 10 hari lagi
> untuk melahirkan
> anak sebelum kamu dapat menjadi suami kembali...."
>
> Whatttt???.. . 9 bulan 10 hari???....Beranaaak? ??........
> Waaaaaa.. tak
> nak, tak nak, tak taaaaaaaaaaaaaaaaaaakkkkk... !!!
>
> ~~~~~
>
> "Bang, bang... Abangggg... apasal niii.....??"
>
> Sergah satu suara disisinya. Mat melompat bangun dari
> katilnya dan terus
> memegang isterinya sambil bertanya,"Nab, Nab yang jadi
> suami atau abang
> yang jadi suami???
>
> "Laaaaa... tebiat apa pulak abang ni. Kan Nab nie
> pompuan. Tentulah abang
> yang jadi suami..... Apa punya lawak pagi-pagi buta
> ni....."
>
> Hari tu Mat mengambil cuti emergency dan sehari suntuk
> membantu isterinya
> membuat kerja-kerja rumah..... Nab terkedu seharian melihat
> gelagat
> suaminya.... .....

0 ulasan :